Thursday, August 6, 2009

PERMAINAN VIDEO DAN KETAJAMAN MINDA

"WASPADA" merupakan salah satu langkah membina cognitive reserve, suatu keupayaan otak dalam menhadapi ancaman tubuh badan seperti kesakitan dan sebagainya. Cognitive reverse pula di kaitkan dengan mental patologi atau suasana kehidupan yang berunsurkan dorongan intelektual, dengan tahap pendidikan yang tinggi. Semakin tinggi cognitive reserve, semakin kuatlah individu itu menghadapi sindrom kemerosotan otak mengikut usia, salah satu faktor yang menyebabkan penyakit Alzheimer. Dengan kata lain, resiko penyakit ini dapat dikurangkan dengan meninggikann cognitive reserve.

Waspada, peningkatan cognitive reserve dan dorongan intelektual bukan setakat diperolehi melalui pendidikan yang tinggi, malah melalui latihan yang mendorong ketajaman otak : permainan video.

Dalam permainan video, pemain terdedah kepada suasana permainan yang sebenar tetapi didalam gelanggang yang sepatutnya. Permainan video formula one, umpamanya melatih individu berlagak seperti pelumba yang sama sama bertarung dalam litar video. Permainan ini menguji kecekapan mengendalikan kereta lumba berkuasa tinggi dan melaluinya, individu itu dapat mempertingkatkan tahap kewaspadaannya dan seterusnya meninggikan cognitive reversenya.

Sesunggunya permainan video memberikan banyak faedah dengan sayrat bebas daripada unsur perjudian. Permainan ini sebenarnya berupaya meningkatkan ketajaman minda, Apatah lagi kepada remaja.

Jadi, biarkan anak anak anda bermain permainan video dengan syarat prestasi pembelajaran di sekolah harus di utamakan, atau sebaiknya tetapkan masa untuk anak anak anda bermain permainan video........ bukan sehari suntuk bermain permainan video.....
pengaturan waktu juga meningkatkan disiplin kanak kanak.
OK..... teruskan bermain bersama anak anak dan bergembiralah selalu bersama keluarga, ini bagus untuk anda sekeluarga.

"selamat maju jaya"


sumber : majalah KOSMIK julai 2009 jilid 17, semoga bermanfaat.